Amboi Cantiknya!
Why do we encourage our wee tots and school-goers to learn Bahasa Malaysia via story books?
Different intonation given to the same set of words have different meanings. So it is important to read stories and understand the context in order to get the meanings in between the lines. So read on, be it in English or Bahasa Malaysia.
The reason is also explained in Bahasa Malaysia below. 👇
Pemahaman secara pragmatik memberi kefahaman secara menyeluruh kepada perkataan di dalam konteks. Tidak semestinya sesorang yang memperkatakan ayat di atas “amboi cantiknya” hanya merujuk kepada kecantikan secara fizikal. Infleksi dalam tona kata membawa pelbagai maksud. Jika ditekankan nada yang tinggi pada “cantiknya” berbanding “amboi”, ia membawa maksud kagum terhadap sesuatu, lain pula jika “amboi” yang ditekankan dan “cantiknya” tidak, ia membawa maksud yang sarkastik dimana si tutur bicara mungkin hanya cuma bergurau senda dan frasa tersebut bukanlah digunakan untuk memberi makna fizikal “cantik”.
Di Reading Lab, kami memberi penekanan kepada pemahaman menyeluruh. Kerana kami percaya bahawa dengan pemahaman yang lebih mendalam, barulah kanak kanak dapat mengaplikasikan suku kata yang baru dipelajari di dalam hidup mereka. Ia juga memberi peluang untuk mereka menghubungkait pengalaman yang mereka bakal, dan telah lalui bersama perbendaharaan kata yang baru dipelajari.
Teknik latihan berulang dapat memberi ilmu dari segi paksaan, tetapi teknik pemahaman yang kami beri, akan tetap utuh dalam keberlangsungan hidup seorang insan. Berapa ramai di antara kita yang masih ingat lagi tentang kisah Raja Rimba dengan Sang Tikus? Mungkin anda dapat mengingatinya, di dalam bahasa pertama anda tetapi, jadi, jika dikatakan “Singa itu bengis”, bagaimana harus seorang kanak kanak faham, apakah maksud perkataan tersebut. Caranya mudah, mengkaji secara kontekstual dan menghubungkait suku kata dengan kanak kanak sendiri, untuk menerapkan pemahaman secara lebih mendalam. Persoalan yang menjangkau hanya konteks akan memberi pemahaman yang tidak menyeluruh, oleh itu, kami juga meneroka frasa tersebut untuk digunakan dalam pelbagai konteks yang berbeza.
Apakah kelebihan teknik ini? Hipokampus, satu organ dalam otak kita memproses ingatan jangka pendek dan membina hubungan antara neuron neuron di dalam otak kita. Jika terdapat pelbagai info yang menyeluruh tentang sesuatu subjek. lebih mudah untuk kita menyimpan memori itu kerana hubungan yang dibuat dalam pembelajaran lebih meluas, berbanding hanya latihan berulang yang pada akhirnya, mudah dilupakan oleh otak, dan sukar diproses oleh hipokampus sendiri.