“Kisah tak lapuk dek zaman” – Program Bahasa Malaysia
~ Bahasa Malaysia Reading Class (For ages 4 to 7)
~ Bahasa Malaysia Basic Writing Class (For ages 7 to 9)
Mulai September dua ribu lapan belas, ReadingLab Kajang akan meluaskan sayapnya dengan memperkenalkan satu lagi program iaitu Bahasa Malaysia untuk peringkat yang kedua, secara asasnya ialah peringkat yang lebih tinggi dan menguji keupayaan mereka menulis. Keberadaaan kelas Bahasa Malaysia peringkat pertama di laman kami, yang mengaplikasikan pelbagai medium mengajar serta mengasah kebolehan berfikir aras tinggi sememangnya menjadi buah mulut antara ibu bapa yang telah menghantar anak mereka kepada kami.
Oleh itu, dengan menerapkan teknik yang diadaptasi untuk peringkat rendah, diolah untuk meningkatkan tahap kesukaran di dalam peringkat yang lebih tinggi ini, kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran terutamanya dalam Bahasa Malaysia akan mendapati bahawa, mempelajari Bahasa yang baru bukanlah sesuatu yang membosankan. Ianya dapat menjadi sesuatu yang sangat menyeronokkan disamping membantu membina penguasaan dalam bahasa tersebut.
Kembali kepada topik, kisah dongeng, merupakan kisah kisah yang tiada hak milik cipta. Diturunkan zaman berzaman dari zaman dahulu kala, oleh nenek moyang kita, contohnya, Sang Kancil yang bijaksana, Sang Singa Raja Rimba dan kisah lawak jenaka. Mengapakah cerita seperti ini tidak lapuk ditelan zaman? Pasti ada hikmah yang umum dapat dipelajari dari cerita- cerita tersebut contohnya nilai murni yang diterapkan di dalam kisah kisah seperti ini yang menjadi teladan untuk kanak-kanak. Memahami sesuatu cerita secara mendalam mengaktifkan sel sel otak untuk terus berhubung menjalin kait antara fakta fakta seterusnya meningkatkan daya fikir mereka selari dengan keupayaan menyerap ilmu justeru menambah baik keupayaan berfikir aras tinggi yang dicanang oleh kementerian.
Kami mengalu-alukan kedatangan mereka yang ingin terus menerus meningkatkan keupayaan mereka di dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Nescaya, dengan penguasaan bahasa yang pelbagai, anak-anak anda dapat menimba lebih ilmu dan peluang untuk kehidupan mereka pada masa depan kelak.