Reading

Keluarga Bahagia (Bahasa Malaysia Class)

Keluarga Bahagia (Bahasa Malaysia Class)

Keluarga Bahagia

This is one of the many ways we help the kids to understand the many Bahasa Malaysia short stories we read to them. We perform role-plays. It is not about memorising the meaning of each and every word they come across. It is about immersing the kids in the language. The kids learn the language from the conversation which is totally in Bahasa Malaysia and from the many Bahasa Malaysia story books we read together.

Below is an explanation in Bahasa Malaysia of our teaching pedagogy. Cheers!

Menerapkan nilai murni dalam intipati kelas sentiasa menjadi salah satu dari objektif kami dalam mengajar kanak-kanak menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Dengan kedatangan bulan September, kami bermula dengan mengenalkan kanak-kanak kami dengan tema “keluarga”.

Buku cerita “keluarga bahagia” yang dikeluarkan oleh dewan bahasa dan pustaka, sarat dengan pelbagai nilai murni yang di olah secara menarik untuk membuat anak anda terpaku dan bergelak ketawa bersama dalam mempelajari bahasa. Ibarat sambil menyelam minum air, selain mengecapi keseronokan mereka juga dapat mempelajari pengorbanan ayah, ibu serta adik beradik dalam menjaga satu sama lain dan akhirnya mencipta, sebuah “keluarga bahagia”.

Fokus untuk buku ini adalah haiwan asas yang kerap ditemui dalam kehidupan seharian kita, kucing, tikus… jadi jangan terkejut jika mereka membuat bunyi haiwan tersebut apabila dirumah nanti, tetapi cuba tanyakan, apakah nama haiwan tersebut dalam Bahasa Malaysia. Fokus kedua pula ialah pada aksi asas seperti, senyum, nangis, ketawa, sedih serta ketakutan. Kedua dua fokus ini adalah penting untuk membina asas yang kukuh di dalam penggunaan bahasa baru terutamanya, kanak-kanak yang baru hendak mula belajar sesuatu bahasa.

Pelbagai teknik telah kami terapkan di dalam sistem pembelajaran kami yang sentiasa berevolusi untuk menjadi yang terbaik di dalam industri kami. Dan kami di ReadingLab mahu anda dan anak anak anda, untuk sertai kami dalam ekspedisi ini, kerana membaca adalah tangga yang membawa anda kemana sahaja